Hanya Perempuan Bernama Isteri Mengenali Lelaki Bernama Suami

GERAM campur terharu saya membaca berita kisah seorang isteri bernama Mek Wook Kundur berumur 107 yang sanggup berkorban segala-galanya termasuk wang simpanan dan maruah diri kerana demi cinta kepada suaminya, Mohd Nor Che Musa, 38. Wook sanggup mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin suaminya yang ditahan polis kerana terlibat dengan dadah. Agaknya selama mana Wokk dalam usia lebih satu abad itu membuat simpanan itu.

Sebelum ini suami Wook itu pernah ditahan polis dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah. Wook menanti pembebasan suaminya dengan penuh setia dan pasrah.

Bayangkan dalam usia selanjut itu, Mek Wook terpaksa hadapi liku-liku hidup yang tidak sewajarnya dialami isan sepertinya. Beliau sepatut sudah hidup aman bersama cucu dan cicitnya. Namun nasibnya demikian beliau masih lagi terpaksa melalui ulah suaminya yang gelenger.

Sesiapa yang membaca berita atau mengikut kisah hidup Mek Wook akan merasa geram dan marah kepada suaminya, yang bukan saja tidak bertanggungjawab, tetapi turut menyusahkan hidup si isteri yang sudah lanjut usia.

Seperti mana kata Mek Wook dia malu dengan kejadian itu. Tetapi kasih sayangnya kepada Mohd Nor mengatasi segala-galanya. Baginya biarlah orang mencemuh suaminya, tetapi tidak baginya. Dalam dunia hari ini yang sudah tandus dengan kasih sayang, remaja buag anak, sex bebas dan sebagainya tetapi Mek Wook kebal dengan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dan tulen.

Sepatah kata Mek Wook apa boleh buat, dia sayang kepada suaminya. Suaminyalah tempat berganutung hidup. Jadi suka duka, jahat atau baik, Mek Wook menerima suaminya seperti adanya. Biarlah tahi kepada orang namun suaminya tetap bunga buatnya. Kejahatan Nohd Nor satu hal yang lain tetapi kesediaan Mohd Nor memperisterikan Mek Wook satu keluarbiasaan.

Mek Wook mungkin dicemuh dan dituduh melindungi pendosa, penjahat, lelaki tidak bertanggungjawab, lelaki yang mementingkan dirinya, hipokrit, pengkhianat negara namun dia tidak pedulikan kerana nilai kasih sayang dan cintanya sebagai isteri tidak dapat dibayar oleh sesiapa. Tidak siapa tahu susah mereka laki bini. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hanya hati isteri yang luhur saja yang tetap mengagungkan suaminya dalam keadaan apa sekalipun.

Syabas dan tahniah kepada Mek Wood kerana memiliki sekeping hati yang mulia, di zaman manusia yang kini sudah ketandusan dengan nilai-nilai dan kasih sayang tetapi Mek Wook masih memiliki nilai-nilai murni itu. Zaman dunia politik cabuk kini sedikitpun tidak mengugah adat, dan budaya yang menjadi amalan Mek Wook.

Jadi kepada mereka yang cuba memutuskan ikatan sutera cinta antara isteri dengan suami atau sebaliknya atas apa juga alasan, cubalah menyelami kemurnian hati dan cinta Mek Wook itu. Tinggal emak tinggal saudara kerana kasih aku turutkan. [wm.kl. 5:45 pm 17/08/10]

DARI BLOG: http://msomelayu.blogspot.com/

Posted in manusia dan kehidupan | Leave a comment

Najihan dan Nazuwa Perlukan Doa Anda!

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya.

Oleh Lan Iisma

Posted in iktibar, manusia dan kehidupan | Leave a comment

First Miss India

Click Here to Join

First Miss India ( held in the year 1949) Pramila (Esther Abraham) is now 90 Years old

Click Here to Join


REMEMBER… Time takes away everything from you….
BE GOOD AND DO GOOD TO ANYBODY AND EVERYBODY IN THE WORLD..

BECAUSE SKIN, FACE, & PERSONALITY
WILL NEVER STAY
BUT YOUR
WORK AND NAME WILL ALWAYS BE THERE
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kenapa tak rogol saya ???

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …”
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku…
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat…
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

artikel ini diambil dari “Koleksi 4uFrenz FB ” facebook usinwafer”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KHASIAT BAWANG

bawang Petua Dan Khasiat Bawang

Selain digunakan sebagai bahan masakan,  juga mempunyai banyak kegunaan dan  bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :

1. Pening Kepala:
Potong 2 ulas  putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak putih.

2. Lemah Otot:
Ambil tiga ulas  putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.


3. Demam Selsema:

Telan seulas  putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan putih dan limau serta berkumur air wap  putih.

4. Susah Hadam:
Rebus  merah bersama kulitnya. kemudian kupas  itu. itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. Serangan Angin:
Campurkan air perahan  merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing:
Amalkan meminum air rebusan  merah setiap hari.

Posted in kesihatan dan perubatan | Leave a comment

Buah Delima : Penawar 1001 Penyakit

[delima.jpg]

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.

Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.

Buah delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA:
Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat.
Membersihkan hati dan saluran perkumuhan.
Menyingkirkan lemak berlebihan.
Meningkatkan tenaga.
Mencegah rasa mual.
Menstabilkan tahap hormone semasa kemuncak haid.
Mencantikkan kulit muka.
Membantu memulihkan pesakit Diabetis.
Berupaya menghapuskan kahak.
Memberi tenaga dan mencegah keletihan.
Mecegah angin ahmar bagi warga emas.
Meningkatkan peredaran darah.

Ekstrak Buah Delima boleh didapati dalam pelbagai produk, antara yang terhangat di pasaran malaysia ialah Ori Herbs Pati Buah Delima.

IKLAN EHSAN :

RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN DARI  ORI HERBS KELUARAN NR ORI MARKETING. MALAYSIA

Posted in kesihatan dan perubatan | Leave a comment

MARI KETAWA KAH KAH KAH – TAK KAN KETAWA PUN DIHARAMKAN

KENYATAAN ZUNAR/MALAYSIAKINI MENCABAR PENGHARAMAN BUKU OLEH KDN DI MAHKAMAH

KENYATAAN

Malaysiakini dan Zunar hari ini memfail dua permohonan berasingan kepada mahkamah untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang menharamkan dua buku, “1 Funny Malaysia” and “Perak Darul Kartun”yang mana kedua-duanya menampilkan kartun-kartun politik karya Zunar.

LATAR BELAKANG

Pengharaman tersebut adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan penerbitan tidak sesuai) (No.5) Order 2010 [P.U.(A) 208 / 2010] yang digazetkan pada 17 Jun 2010. Pengharaman ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman bin Yusop “bagi pihak dan atas nama Kementerian Dalam Negeri.”

Satu-satunya alasan pengharam tersebut dinyatakan dalam arahan itu sendiri, iaitu kedua-dua buku dikatakan “boleh mengencam ketenteraman awam”. Arahan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009. Perak Darul Kartun buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan.

Oleh kerana kedua-dua buku tersebut adalah berbeza dan diterbitkan oleh dua syarikat yang berbeza, kami dinasihatkan untuk memfail dua semakan kehakiman yang berasingan.

ALASAN PENCABARAN

Kedua-dua Malaysiakini dan Zunar berpendapat pengharaman tersebut adalah percubaan kerajaan untuk mengekang hak kebebasan bersuara dan menghalang hak kebebasan untuk bertukar-tukar pendapat serta idea diantara rakyat Malaysia.
Kerana kedua-dua hak ini dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, kami berpendapat pengharaman ini adalah tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
Kami juga berpendapat pengharaman ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan untuk membisukan kritikan terhadap polisi kerajaan dan Perdana Menteri sekarang.

Kami tidak dapat memahami bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam. Tidak ada bukti bahawa mengenai ternacamannya ketenteraman awam yang ditunjukkan kepada kami (oleh pihak kerajaan). Begitu juga kami tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat.

Kami juga tidak diberitahu sebarang alasan mengenai pengharaman tersebut melainkan melalui kenyataan media bahawa buku-buku itu mengancam ketenteraman awam.
Tindakan kerajaan mengharamkan buku-buku ini tidak konsisten dengan representasi yang dibuat kepada dunia mengenai hak asasi. Tambah mengecewakan Malaysia adalah ahli The United Nation’s Human Rights Council bagi penggal 2010 hingga 2013.

TUNTUTAN

Kami mencabar pengharaman ini atas alasan berikut:

a. Pengharaman ini tidak sah, kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

b. Pengharaman ini tidak sah kerana ia bersifat ultra vires (tidak terdapat dalam skop) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memandang buku-buku tersebut tidak mengancam ketenteraman awam.

c. Pengharaman ini melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana kami tidak diberi peluang memberi penjelasan sebelum pengharaman ini dibuat dan tidak diberitahu mengenai alasan pengharaman.

d. Pengharaman ini adalah satu bentuk tindak balas yang tidak wajar terhadap buku-buku kami.

Kerana itu kami memohon arahan mahkamah seperti berikut:

1. Arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku tersebut.

2. Pengistiharan bahawa pengharaman tersebut adalah tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak kami yang dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Kos Kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Kami diwakili oleh Edmund Bon Tai Soon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azzat.

Tarikh: 26 Julai 2010.

Zunar (kartunis politik)
( Zulkiflee Anwar Ulhaque)
Email: zunar49@gmail.com
Tel: 03 22724045

Premesh Chandran (Bagi pihak Malaysiakini)
Email: prem@malaysiakini.com
Tel: 03 22843367

Posted in halal dan haram, tanah air ku | Leave a comment

Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said mahu rakyat gerakan massa bangkit menghapuskan Akta Mesin Cetak & Penerbitan

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara.

Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah.

Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka.

Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ada gerakan rakyat seperti Gerakan Mansuh ISA (GMI); Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan terkini Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) diwujudkan segera bagi mengerakkan kempen menghapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang jelas menguntungkan parti pemerintah sahaja.

“Dalam kes Suara Keadilan, sepatutnya mereka diberi peluang untuk membela diri. Bukannya matikan permit lidah rasmi parti itu. Kalau ada yang tak kena dengan laporan tentang Felda, menjadi tanggungjawab Felda menjelaskan kekeliruan yang timbul.

“Jika ada fakta yang salah, dianggap fitnah, seret sahaja ke mahkamah. Kenapa tak beri dia permit penerbitan? Ini namanya berlawan atas padang yang tak sama rata… Kenapa permit ditarik balik kerana sepatutnya Felda menafikan dakwaan Suara Keadilan supaya rakyat mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar. Ini bererti Felda tidak mahu menjelaskan apa-apa atau mahu melindungi kebenaran daripada pandangan rakyat,” tegas beliau dalam satu wawancara eksklusif Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah mewakili Harakah di KL Sentral.

Tokoh wartawan dan sasterawan itu menyifatkan, kesedaran rakyat yang kian meningkat akan membolehkan demokrasi di negara ini berjalan sempurna jika trend ini berterusan setelah melihat kejayaan rakyat menundukkan kerajaan Umno-BN dalam isu memansuhkan PPSMI dan membatalkan kelulusan lesen judi bola sepak baru-baru ini.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyokong penuh saranan Pak Samad agar Akta Penerbitan Mesin Cetak ini dihapuskan dan ditentang habis-habisan kerana ia tidak memberi peluang penerbit membela diri atau mempersoalkan keputusan penarikan balik sesuatu permit.

Katanya, isu permit untuk penerbitan sudah tidak relevan lagi dan rakyat patut menggerakkan massa untuk memansuhkan akta draconian itu secara lebih tersusun dan efektif. Ini kerana, permit penerbitan itu menjadi hak eksklusif kerajaan yang boleh diperlakukan apa sahaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Sementara itu, KDN bersedia menyita pejabat operasi Suara Keadilan dan kilang pencetaknya jika akhbar itu terus diterbitkan tanpa permit. “Sudah tentu boleh (ditutup),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan KeADILan bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

Terdahulu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Zaitun Ab Samad berkata, kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan.

Hishamuddin dan Zaitun memberi reaksi terhadap kenyataan balas Pengarah Strategi KeADILan, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar belum mendapat jawapan KDN.

DARI BLOG: http://sanggahtoksago.blogspot.com

Posted in tanah air ku | Leave a comment

JANGAN TAKUT MAKAN DAGING KAMBING

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

PERSEPSI negatif terhadap daging kambing perlu diubah. - Gambar hiasan

Tanggapan bahawa orang yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung tidak dibenarkan memakan daging kambing adalah kurang tepat.

Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.

“Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.

“Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan,” katanya ketika dihubungiKosmo! semalam.

Menurut Shahriza, pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut.

Katanya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.

Sementara itu, Pensyarah Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Fatimah Arshad berkata, kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya.

Katanya, kandungan kolestrol dalam daging binatang terletak di dalam lemak dan sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.

Posted in kesihatan dan perubatan | Leave a comment

MIKE TYSON MENANGIS DI MAKAM NABI

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. – Agensi

Posted in manusia dan kehidupan | Leave a comment